H


Showing posts with label Phuket. Show all posts
Showing posts with label Phuket. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

KISAH INDAH PHUKET 4 HARI 3 MALAM



hye guys, sebenarnya blog ni dah macam kapal hantu - patut dah tak wujud tapi masa nak ke Phuket nih, aku banyak refer pengalaman blogger dan aku sedar dah tak semua blogger update dalam tahun 2016. So, lepas ni setiap kali aku bercuti aku harap leh update kat blog untuk info korang. :)

Actually, plan ke Phuket ni tetiba je - kebetulan AirAsia buat promo tiket n hotel, aku yg excited tak plan apa terus call 2 kawan n diorang on nak ikut dan click PROCEED!! yeay! ke PHUKET la weols! This was first time we were going there and our intention just having fun and relax. No keliling pulau , naik gajah segala. haha!

Kami ke Phuket 17hb Nov sampai 21hb November 2016. Tiket flight dari AirAsia dan hotel ialah Grand Mercure Phuket Hotel (Patong area). Total semua untuk 3 orang RM 2136 (RM712 per pax). Memang mahal yang ni sebab kami memang nak hotel 5 stars. Dan untuk korang yg suka buat bajet trip, ada banyak hotel yg sangat murah dan dekat dengan pantai. Banyak jenis pantai kat Phuket ni dan korang kena la rajin buat research, tapi kalau dah malas sangat, amik je yg paling famous iaitu Patong Beach. Ni kawasan paling hype la kalau nak pi pusing2 pulau, clubbing, shopping n massage..huhu~