H


Saturday, July 28, 2012

The Untold Story: Raspberry Cream Frap


24/7: Kul 12 malam tepat dengan senyum lebar menggigit putu piring tanda sahur dan tanda seseorang yg bakal menginjak ke usia yg baru. Happy Birthday to YOU kudut. *sambil nyanyi 'Allah selamatkan kamu'* <<serious I nyanyi tau.:) Sambil menghirup teh tarik yg agak tawar atau mungkin disebabkan gula melaka dlm putu piring tu agak manis sampai teh tarik tu tak rasa manisnya lagi. Selesai makan, puas la kita memerah idea camnorr nak save kan battery phone nih walaupun sedar charger je la penyelamatnyah *time ni x dpt terima hakikat*..sambil mulut memaki-hamun pembuat hp seluruh dunia nape sengal sangat tak wat satu jenis charger untuk semua phone..takleh ke take time duk semeja bincang..kan senang..nak untung jahhh! Padahal hp itu je lah penyelamat aku kat sini since aku malas nk bwk laptop...hmmm *sambil terfikir nak beli ipad katanyah*.. Last2 decide off hp tu kejap sampai dapat cari charger baru tu esok pagi. Apa pun, time-time tengah tingtong plus meroyan dengan keadaan 'emergency' nih, I'm still glad dan bersyukur yg keadaan  masih baik dan dirahmati Tuhan kerana perjalananku sampai kesini mengikut plan yg sedia ada. *wahhh..tetiba ayat novel jap*. Dah kul 2 lebih, time nak tido..rasa sejuk gila pulak..geramnya pasal, terus off aircond sambil tak sedar perangai selenge tu buatkan aku terbangun kul 8 pagi sebab bilik tu tetiba panasss!! Terus kita terjaga sebab style tido aku skali dah terbangun, bangun terus..xde nak terlelap balik unless baru terlelap n tetiba terjaga..mmg sah sah la tido balik sbb ngantuk gila. Sementara nak tunggu bilik tu sejuk n leh terlelap balik, nak tak nak tengok Fox Movie..itu pun bosan uolsss..pagi2 citer sedeyh..yg klakar, suria channel pagi2 wat promo ala smart shop..kelakar ya amat seyh!! Ayat cam gampang..uols should watch..hahaha! *terus segar-rejuvenate time nih*.. Kul 9 lebih, suhu ala2 sesuai untuk horny..eh eh..puasa uols..time untuk tido..terus terlena sampai kul 12 lebih *itupun bangun celik bangun celik..hempas muka kat bantal*. 

Bila sedar cam dah lambat *walhal*..terus bersiap n first thing came up in my mind ialah nak beli charger n local sim card. Yakin kuar gi satu kedai ke satu kedai nih...ya Allah..time ni cam nak menjerit kepanasan tahap sauna je kat public..are you kidding me? punyalah banyak kedai kat geylang..takkan xde satu kedai yg bukak kedai telco kot?? pastu kedai phone pun tak adeee! stone kita kejap..dah la haus kita keliling area nih..nak tanya, nampak sangat I dari hulu..redha je lah time ni even public phone pun susah nak cari *menjerit terus pitam*. Bila masuk "circle-line" je baru lah nampak satu public phone n try call someone kat sini tapi alangkah hampanya bila tut tut je mampu didengari.. *dan time tgh menaip ni baru dpt tau dia tukar nbr baru* -_-".. Tapi dengan semangat kemerdekaan negara ini *tibah*..terus slamber+yakin nak mampos gi Holland Village..ni pun baru perasan ada mrt gi situ..walhal plan nak gi Buena Vista dulu *sbb gps dah xde..T_T*. Time ni memang scary gila coz setiap tempat aku pergi hanya berbekalkan doa dan petunjuk dari-Nya sahaja *gittuh*.. And was lucky I am..sampai HV, gosh!! this is it I'm looking for..Starbucks HV - dekat dgn bukit timah!!! rasa bangga gila seyh time nih..Alhamdullillah sangat sangat sebab dipermudahkan perjalanan even without my semak-phone..:)


Tapi yg tersentap sikit, tengok jam baru kul 3 - bapokk lama nak tunggu buka, tekak segersang gurun timah kat Sri Iskandar nih. Dah tu, amik keputusan untuk catwalk secara perlahan sambil on kan phone sebab nak tak nak, nak jugak tengok maps area nih sebab memikirkan jarak 10 minit dari sini nak ke Sixth Avenue bak kata orang tu. Masa on phone tu pakai maxis line..rasa cam nak hempas je phone tu walhal maxis mmg bongok! Please pengguna2 maxis sekalian..ternyata zaman kegemilangan maxis sudah berakhir, sila beralih ke telco yg lain *promo jap*. Geram punya pasal, terus masuk sim card celcom, dah on balik - amazing!! celcom berjaya mendapatkan location aku berada even the maps image quite bit blur but still menyejukkan hati si comel ini untuk meneruskan langkah musafirnya ke suatu tempat yg mahu ditujunya *bangga kau celcom..I bagi you credit..tibah*. Jalan punya jalan, baru aku perasan, ni bukan 10 minit pakcik usop..lebih dari tu okies..penat seyh!! Now I realized how struggle are you to be trying like me..even myself pun tak larat nak gi Starbucks tu jalan kaki sebenarnya..tersentuh dgn apa yg Sayang buat..:')


Sampai sini, macam kucing liar cari satu tempat ke satu tempat yg boleh bagi naluri aku bercakap, "ni lah tempatnya uols..". Alangkah penat dan geramnya bila mengetahui Sixth Avenue ni sangat BESAR! sentap hati mak nok! Nak puaskan hati, amik gak la a few pics kat sini untuk dijadikan ingatan diri sendiri coz I love the ambiance in here especially rumah2 yg ala2 superstar yg dok situ. Teruja sangat plus takut sebab aku rasa aku sorang je yg berjalan keliling tempat tu sambil amik gambar.. nasib x kena marah sebab ada yg perasan n pandang tak puas hati aku amik pic kat area situ..walaupun I dah ready dengan jawapan sendiri ala konon2nya minat hutan kat belakang kawasan diorang..cantekkk *tibah*.. Apa pun, lama gak jalan kat situ sampai melalut ke tempat2 lain. Dah rasa cam puas hati walaupun sebenarnya dah haus nak mati *panas lak time nih*..niat nak gi HV balik tapi terperasan Cold Storage kat Jelita Road..terus masuk situ sebab nak tumpang aircond diorang jap..haha!! Dah kat situ, pusing2 jap feeling nak beli barang..tapi tengok punya tengok, ternampak air favorite I - Florida's Natural Orange Juice..terus amik n amik CLEO mag skali n bayar. Dah rasa sejuk sikit, pusing2 kat 2nd floor kedai tu..kecik je store ni tapi sesuai untuk expat n org2 kaya kat sini. Habis pusing n jam dah 6 lebih, terus gi HV balik *sambil kaki menjerit nak berjalan lagi*
Sampai sana, tergerak nak ikut jalan dari Coffee Club..bila turun ke situ terus rasa wow sekejap sbb tak caya tengok cam terpencil je HV ni, rupanyah ala Bangsar sangat kat sini..modern yet fabulous! I love being here kalau I live in here..gosh..my favorite place sangat..suka suka! Ingat nak berbuka kat kedai turkish tak pun coffee bean kat situ tapi teringat niat datang sini, pusing2 jap n terus masuk Starbucks bila dah jam 7. Masuk sini terus order beverage yg tak pernah aku rasa seumur hidup walaupun dah tahu dia sukakan flavor tu instead pure hazelnut cream frappe yg slalu aku order bila gi Starbucks. Bukan apa, kat kl xde menu tu..so bila order kat sini..memang ada. 


For FIRST TIME ever - Raspberry Cream Frappe yg kamu suka, aku merasainya! YUM YUM! <<bukan mengampu ye, it's delicious..seriously luv it.:) (apa pun, hari ini 27/7 - saya pergi Starbucks Alamanda n mintak air yg sama..budak2 ni wat muka confuse..pastu bila kita ajar nak wat air tu *boleh I ajarkan uols..ko ada?*..hasilnya menyedihkan..masammmmm mcm badan diorang..eh! ..pastu gi balik kedai n improvise air tu..pun sama je rasanya..mengucap sangat di bulan ramadhan ni..*sigh*). Alang2 dah nak berbuka, so amik chicken sandwich as alas perut seem kat sini takde makan yg berat-berat sangat. Dok kat tingkat atas sambil baca magazine n menunggu kul 7.19 waktu berbuka..tetiba rasa touching jap sebab tak sangka berjaya gak sampai sini..what a surprise. Terus teringat satu ayat, doa je tak cukup kalau takde usaha. Aku berdoa setiap hari sejak hari itu dan bila ada peluang datang sini, Tuhan memakbulkan semua doa yg aku pinta dari-Nya. Allah itu Maha Penyayang, Adil dan Mengasihani. Alhamdulillah. Syukur ke atas-Nya. Amin.:')


Tepat 8.30, dah kenyang semua..terus terpikir nak gi mana lagi..takkan nak makan lagi kot? time ni memang mengharapkan someone teman aku gi mana2 tempat yg aku tak pernah explore seem I've no idea in this city..blank sangat sebab internet+maps xde. Last2 aku teringat si budak cute nih pernah bawak aku gi orchard, so orchard la destinasi seterusnya walaupun sentap sebab tak terfikir nak gi marina bay lepas perasan jam dah nak kul 11. Sampai paya lebar balik, singgah bazaar kat situ..rasa hampa jap..sedih la makanan diorang. Ramly burger je ke yg diorang rasa menu yg paling special? padahal kat umah aku leh jumpa tepi jalan kalau terasa nak beli. Memang sedap burger tu..tapi dari hujung gerai ke hujung gerai jual ramly burger..apa kena seyh?? alih-alih aku nampak takoyaki balls.. beli je la even tak la gemar sangat cuma dah lama tak mam benda tu. Sampai katil je, ngap cepat-cepat bebola tu..tak mandi tak apa..letak je kepala kat bantal..terus shut down otak ni sebab kepenatan melampau......~

p/s: After what happen..let me hold your hand and sit next to you like we have a precious time every single day..boleh tak Sayang? :) 

No comments:

Post a Comment