hye guys, sebenarnya blog ni dah macam kapal hantu - patut dah tak wujud tapi masa nak ke Phuket nih, aku banyak refer pengalaman blogger dan aku sedar dah tak semua blogger update dalam tahun 2016. So, lepas ni setiap kali aku bercuti aku harap leh update kat blog untuk info korang. :)
Actually, plan ke Phuket ni tetiba je - kebetulan AirAsia buat promo tiket n hotel, aku yg excited tak plan apa terus call 2 kawan n diorang on nak ikut dan click PROCEED!! yeay! ke PHUKET la weols! This was first time we were going there and our intention just having fun and relax. No keliling pulau , naik gajah segala. haha!
Kami ke Phuket 17hb Nov sampai 21hb November 2016. Tiket flight dari AirAsia dan hotel ialah Grand Mercure Phuket Hotel (Patong area). Total semua untuk 3 orang RM 2136 (RM712 per pax). Memang mahal yang ni sebab kami memang nak hotel 5 stars. Dan untuk korang yg suka buat bajet trip, ada banyak hotel yg sangat murah dan dekat dengan pantai. Banyak jenis pantai kat Phuket ni dan korang kena la rajin buat research, tapi kalau dah malas sangat, amik je yg paling famous iaitu Patong Beach. Ni kawasan paling hype la kalau nak pi pusing2 pulau, clubbing, shopping n massage..huhu~
TIPS SEBELUM PERGI -
- ikut pandangan aku, sebenarnya beli tiket asing dengan hotel lebih baik. Sebagai contoh, beli tiket flight dulu (normally murah kalau beli 3 bulan sebelum) dan hotel book kemudian (lagi nak dekat cam dua bulan gitu). Aku check asing2, memang leh dapat murah TAPI ni untuk off season je tau. Peak season baik book 6 bulan sebelum, confirm flight+hotel habis.
- nak pergi mana2, pengetahuan am kena la ada, jangan main pergi je, karang sampai sana terus blur. Make sure tahu serba serbi terutama transportation dari airport ke hotel, jarak hotel dengan tempat yg best, perbelanjaan di sana dan spot makanan halal - ni penting!
- bawak maggi, roti, nescafe..tu wajib! malam2 leh melantak kat sana, breakfast pun jimat..haha!
- rajin2 check currency, jangan jadi macam aku, time aku nak tukar duit, Trump jadi Presiden, abes ringgit kita jatuh, menyirap je aku..haha!
17/11/2016 - Kitorang punya flight fly pukul 6.55 pagi, belum apa2 lagi, tragedi subuh hari dah bermula. Kami dari Putrajaya, sebab kedekut nak parking kereta kat Presint 7, aku amik Uber dari rumah kat Presint 18. Kami keluar 5.30 pagi, time tu aku bajet erl gerak dalam 5.55 camtu. so sampai terminal, dalam 6.20, sempat la check in katanya. Tapi bila sampai Putrajaya Sentral, 5.45 pagi erl DAH GERAK, oh Tuhan! aku nak pitam kejap. Confirm lambat sia, nak patah balik amik kereta memang tak la bila dah panik camni, takkan nak pecut sampai ke KLIA2 kot, lain lak tragedi yg jadi nanti. Last2, kitorang tunggu je next erl n berharap still sempat kejar. Sampai KLIA2, lari punya lari macam kena kejar anjing, at last, we missed the flight!! Arghhhhh!!! lambat seminit je...cantik je kapal terbang tu berundur depan mata aku...aku punya la beria buat drama hempas pintu kaca terminal tu dengan harapan ada belas ihsan dari crew rupanya tidak. Kecewa ya amat!!
Ku sangkakan tiga, rupanya 11 orang yg terlepas flight. Apa lagi, bergaduh la depan service counter sebab tak menunggu sampai semua naik. Hujung cerita, kena la jugak top up tiket untuk pukul 12pm atau pukul 6pm. Pukul 12 ada 5 seat je tinggal. Berebut yg lain amik seat tu walaupun kena bayar RM400++ seorang. Kitorang mmg dah tak sanggup nak top up sampai macam tu, pikir punya pikir, kitorang tanya Malindo Air. Alhamdulillah, ada jugak tiket murah nak kesana walau last minit. Malindo Air charge RM150 seorang untuk pergi pukul 2pm. Terus kitorang beli sambil tergelak+bangga+tergamam pada yg sanggup bayar lebih kat AA tadi. Dipendekkan cerita, kami naik dari KLIA 1 terus ke Phuket International Airport. Best gak naik Malindo, ada free makan (hotdog bun+muffin), minum (mineral water+carbonated drink) n movie!!
Sampai Phuket airport, terus decide amik internet pakej unlimited supaya senang nak update apa2 especiallly maps la kan (kat sini korang leh cari sim card Traveller Group Sharing - utk 3 org, yg aku amik dari AIS telco, internet mmg terbaik la, laju je), dan kitorang naik minibus ke hotel (bab minibus ni kena bersabar sikit sebab driver tunggu cukup 10 orang baru dia gerak). Perjalanan amik masa hampir sejam sampai ke hotel, pastu weols sampai je hotel terus rest, mandi n siap cari makan! Seem our hotel nearby at heart of Patong, weols jalan kaki je. Bab makan ni mmg mencabar sikit, kat tengah2 Patong, ada je halal tapi mostly banyak kedai India n Arab, dah tu mahal la pulakkk. Niat di hati nak follow blogger lain punya review tapi dah lapar sangat, makan je kat area Bangla Road tu. Lupa nama tempat tu. Kalau tak lapar sangat, memang sanggup cari kedai halal Thai lain. Weols habiskan malam tu pusing kat Junceylon (shopping mall je) & Bangla Road tengok club n night market sampai 1 pagi. Nak lepak mcd n kfc tak mampu sebab serve oink oink~ hmmm. Yang best pun, 7e dan sewaktu dengannya sangat bersepah, so, jangan risau nak beli mineral water ke, gula2 ke, condom ke. eh!
Lepas melantak, kitorang pi Simon Cabaret Show untuk booking tiket show kul 9 malam. Kat sini, english diorang sangat rendah, nak wat reservation pakai phone bagai cakap dengan alien. Last2, weols naik taxi pi tempat tu sendiri. Taxi pun kena pandai tawar menawar. Diorang letak mahal, kawan aku lak jenis tak berkira, dia on je sebab nak cepat book tiket tu. In my opinion, baik amik tuk tuk n rajin bertanya, murah sikit. Tapi yg pandai bawak motor, baik amik motor terus sampai hari kau nak pulang tu, murah je (yg ni aku explain jap agi). Sampai je kat Simon Cabaret Show (ni sejenis show wanita jadian yg berlangsung selama 1 jam 30 minit), ada dua price iaitu seat tingkat atas 800 baht dan VIP seat 1000 baht. Yang nak amik dari hotel pergi-balik tambah je lagi 100 baht seorang. Jam dah kul 7 petang, kitorang balik jalan kaki je sebab rupanya tak la jauh mana tempat ni dgn hotel kitorang, macam haremmm je bayar 200 baht kat taxi tadi..pfft.
8.45 malam, ada minibus amik weols terus ke tempat show. Show ni memang menarik macam kita tengok show kat Istana Budaya camtu cuma penari dia semua wanita jadian. Siapa yg nak tengok keindahan "mereka" boleh la datang sini n beli tiket tu, show ni bukan 18sx pun, banyak pada tarian, sketsa lucu n feeling2 ayu je dengan prop yang amazing. Selesai show, penari akan keluar dari panggung untuk bergambar (kat sini siapa nak bergambar kena bagi tips ikhlas - normally 100 baht camtu).
Bila dah balik hotel, weols cari makanan lagi!! still guna method yg sama - berjalan kaki sampai Bangla Road, kali ni, kita try makan kat street food je, beli kebab, pancake, buah n air kat 7e sambil masuk club tanpa segan silu walhal nak masuk kena beli air segala. Wat muka yakin yg penting..haha!
19/11/2016 - Time ni bangun awal, kul 9 pagi terus siap2 pi area Patong Beach, kat sini mat saleh dah mandi manda penuh satu pantai. Pusing2 jap kat sini, nak mandi panas lit lit, tak sanggup cheq, kami terus sewa motor depan pantai ni deal dengan makcik. Kami mai bertiga, so, amik motor kecik 300 baht utk seorang n skuter besar 500 baht utk dua org (500 baht tu kira satu motor la). Cuma cagaran dia, sorang kena hulur pasport (dan makcik ni pulang kan balik..syukur tak kena tipu). Dengan adanya skuter, automatik kehidupan kat sini berjalan lancar, kalau tau, amik skuter ni dari first day, sbb makcik ni kira murah kalau amik lama...nyesal weols. Kami terus pi Masjid Patong cari makan, kat sini ada beberapa kedai makan halal, bawak motor senang nak park. First kitorang makan depan bertentangan dgn masjid, pakcik ni peramah cuma bab order, dia kurang pendengaran sikit, lain order lain dapat..haha! kitorang bertabah je. Asal kenyang.
Pastu, kitorang dari Patong terus ke Karon Viewpoint n ambil masa 30 minit. Kat sini nampak la semua pantai kat bawah tu. Dah puas bergambar, turun balik pergi Karon Beach dengan niat nak mandi kat situ. Pantai Karon lagi bersih dan sedikit cantik nak dibandingkan dengan Patong, cuma bila dah ready nak mandi, hujan lagiiii...terus weols balik hotel n mandi kat swimming pool je. huu~
Malam terakhir pulak, kitorang makan kat Hasim Halal Food pulak. Kedai ni the best! sebab tu aku ingat nama kedai ni je..haha! Baik makanan dan minuman, semuanya marvelous! Menangis makan, korang pesan je la apa pun, tak kecewa langsung. SEDAP! n pastu melilau cari souvenir kat Bangla Road lagi. Ada satu kedai souvenir kecil dan bukan gerai tau, lupa nama, kat situ mmg jual murah dari gerai berderet tepi jalan tu. Berbaloi beli kat situ, t-shirt 100 baht, keychain, bottle holder, purse n lelain lagi murah. Pi tanya kat gerai berderet tu, singlet pun dah cecah 200 baht, tshirt 300 baht...aiyooo..! Sebab tu kena rajin berjalan. Ching!
20/11/2016 - Time ni dah start packing balik, tapi tiket flight gerak 9 malam..terpaksa tumpang beg n luggage kat hotel sementara kami pi merayap. Memula pi lunch kat Hasim Halal Food lagi, kali ni amik western pulak, still makan sambil menangis kesedapan..sedap lah!! Trust me, pi je la kedai ni, jika tukang masak yg sama keja lagi..LOL!
Selesai makan, isi gas motor sampai full (syarat nak pulang skuter kena isi full, if not, dia tak terima) n singgah lagi kedai souvenir murah tu n sedikit melencong ke Hard Rock beli baju n magnet, yg ni mahal, swipe credit card je..lari bajet..hehe. Then, terus plan nak massage jap. Bila check wallet, baru perasan IC aku hilang! drama petang berulang kembali! Weols terus patah balik hotel, check hotel pastu ke tempat makcik sewa tu jugak, semua takde, taknak jadi trauma macam first day dtg sini, terus weols amik taxi kul 4pm pi airport buat report. Kat sini senang je rupanya, passport lebih penting, IC tak sangat, terus lega sikit, mana la tau tersangkut kat sini, naya cheq! Kul 8.50pm, terus fly ke KLIA 2. Alhamdulillah.
RUMUSAN (Budget)
Flight - AirAsia
Hotel - Grand Mercure Phuket Hotel (one package flight+hotel = RM721/pax)
Duit Poket seorang - 4500 baht
Day 1 - naik minibus dari airport ke hotel (180 baht/pax), amik pek unlimited internet AIS telco utk 7 hari (399 baht), dinner di Bangla Road (milk tea+ nasi+ tom yam+ sayur +telur = 250 baht)
Day 2 - lunch depan hotel (cheese naan+ capati+ butter chicken+ masala tea = 450 baht), naik taxi ke Simon Cabaret Show (200 baht/way), tiket Simon Cabaret Show VIP seat (1000 baht/pax), shuttle trip hotel-show return (100 baht/pax), makan kebab (100 baht), pancake nutella (100 baht) mineral water (9 baht), nescafe dua tin promo (49 baht)
Day 3 - sewa motor 24 jam (kecik - 300 baht, besar - 500 baht), lunch kat depan opposite masjid patong (nasi goreng udang+ teh o ais = 100 baht), dinner kat Hasim Halal Food depan masjid patong (nasi goreng daging+ milk tea = 115 baht), pancake nutella depan pantai patong (80 baht), mineral water dengan 2 nescafe lagi (9+ 49 baht)
Day 4 - lunch kat Hasim Halal Food (salad ayam+ roti telur+ milk tea = 165 baht), isi gas motor full (kecik - 50 baht, besar - 100 baht), tips jaga luggage (100 baht), beli cenderahati (300 baht), ke airport naik taxi 4wd (800 baht/way).
p/s: Kalau korang nak keliling pulau semua tu, kena pandai survey pakej dan kurang makan yg mahal2..haha!
No comments:
Post a Comment